Dunia hari ini membenarkan kita berhubung hanya dengan memicit papan kekunci...itulah juga yang menjadi intisari luahan rasa, pandangan, bangkangan, serta hujah-hujah yang menyokong mahupun menentang. Dunia semalam yang hanya mengharapkan lisan untuk berbicara secara dominan... kini bukan lagi dalam dunia di alaf ke 2 ini. Kita semua saling bertarung merebut tempat untuk mencari 'hitz'...tulisan siapa yang dibaca dan pandangan siapa yg 'didengar' melalui papan-papan kekunci dan layar ajaib yg menjadi tontonan.
Buku-buku juga kini rupanya bukan lagi dlm jilid kertas atau ditatah kertas-kertas menjamu mata... semuanya sedia terhampar untuk dibaca atau didapatkan secara elektronik mahupun dibeli di kedai yg nyata.
Namun, secara nyatanya, saya melihat buku ilmiah masih merupakan rujukan untuk mencari kredibiliti sesuatu fakta dan ilmu. Pencarian dalam dunia virtual biasanya tidak berlapik atau tidak diverifikasikan. Lalu menghendaki mereka yang berilmu, untuk menjanakan ilmu di dalam minda dan apa yang dipercayainya utk diamalkan...untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan yang berupa buku. Keperluan pula untuk mereka yang berilmu untuk berkongsi ilmunya demi kebaikan sejagat.
Apabila dekan menyarankan untuk kami sama-sama berbincang mencari jalan bagaimana untuk memberikan semangat kepada sebahagian ilmuwan di sini untuk mencari ruang menulis buku, saya melihatnya sebagai sesuatu yang sangat mengujakan. Saya yakin, setiap diri mempunyai kekuatan tersendiri untuk berkongsi ilmu, tinggal lagi memerlukan sedikit masa untuk duduk sebentar untuk menulis dan menyusun kata/ ayat...agar ilmu nya difahami serta dimanfaatkan pula di peringkat diri, masyarakat dan negara.
Saya pernah menulis sebelum ini bahawa saya sendiri tidak pernah tahu bakat saya menulis..selama ini saya menulis hanyalah tulisan kertas kerja atau mendapatkan peruntukan kewangan. Sehinggalah saya mula menulis blog ini, dan saya menyusun semula jawapan pelajar saya dalam bentuk tulisan yang mudah difaham... dan seterusnya, beberapa artikel yang saya hasilkan untuk tujuan assignment dan penerbitan. Seterusnya.... saya mengira-ngira, rupa-rupanya saya sudahpun menulis beberapa buku.
Namun... sebenarnya penulisan saya di blog ini banyak membantu saya menulis... Di medan ini juga saya belajar bahawa saya perlu faham setiap kata/ ayat yang saya luahkan; objektif nya serta apa yang saya harap untuk dapat dikongsikan. Saya tidak lagi sekadar mengambil bahan-bahan akademik seperti mencurah air ke daun keladi... atau seperti syok sendiri dengan bahan-bahan berkenaan tetapi tidak dipraktikkan. Saya mula hayati setiap isinya dan saya susun semula menurut kefahaman untuk saya kongsikan secara terus ke hati dan fikiran pelajar. Saya tidak lagi berbicara dari minda yang kosong pengisiannya... saya berbicara dari hati yang mula berfikir tentang alam dan hakikat penciptaan semuanya termasuk ilmu dan apa-apa sahaja yang diciptakan Tuhan.
Saya lihat kesannya...apabila hampir setiap pelajar yang pernah saya ajar...akan menegur saya dengan senyuman dan kata-kata yang penuh makna dan mendamaikan. Mungkin itulah juga sebahagian rahsia... motivasi untuk saya menulis buku...
No comments:
Post a Comment