Fitrahnya begitulah..adat orang melayu, lebih-lebih lagi jika berurusan dengan lelaki berbangsa melayu.
Orang melayu secara umum sangat sensitif... lebih-lebih lagi jika komunikasi melibatan perbezaan gender. Apa-apapun isu yang bakal dihadapi, cara 'berpolitik' untuk membetulkan keadaan adalah dengan tidak menyakitkan individu yang 'by default' merupakan seseorang yg perlu 'ditaati' suaranya.
Untuk anda yang baru terjun ke dunia pekerjaan..bertemu dan berbincang dgn pelbagai orang, jagalah tutur kata dan komunikasi. Buat kerja serta tata berurusan, fokuskan pada penyelesaian serta manfaatnya untuk siapa. Yg penting majoriti dapat manfaat. Kita tak perlu ego untuk menegakkan bahawa pilihan kitalah yg terbaik, yg penting organisasi dan matlamatnya. Ingatlah...mereka yang 'apparently' di atas kita; tak suka bila kita tunjuk pandai atau lebih baik dari mereka.
Abaikanlah sahaja...yg penting, buatlah sesuatu yang menggembirakan kita semua.
Pada usia dan waktu 10 ramadhan terakhir seperti ini, saya tak mampu membiarkan stamina saya hanyut 'ke laut' dek melayan isu yang statusnya 'by default' adalah mutlak dan tidak boleh dicabar.
Biarkanlah.... dunia ini sifatnya sementara. Bila kita diam, bukanlah maknanya kita kalah selama-lamanya.
Dan ingatlah, bahawa setiap yg dilakukan tidak akan hilang begitu sahaja di 'bawah karpet', semuanya pasti akan ditanya. Bahawa Tuhan yang Menciptakan kita semua, Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...
Monday, May 27, 2019
Monday, May 20, 2019
Ujian zaman media sosial
Pergaulan hari ini bukan lagi seperti dunia 20-30 tahun lalu. Apa-apa sahaja boleh dimuatnaik yang kemudian dikongsikan info nya dengan seisi penduduk bumi. Hanya ianya dibaca , diviral atau disepikan begitu sahaja.
Lantas, kita perlu tahu skop apa sebenarnya kita berbicara. Sesuai dengan status 'sahabat' yang merupakan mereka yang menerima berita/status yang kita kemaskini. Adakala, status bersifat sangat peribadi yang hanya perlu diketahui keluarga terdekat. Lalu, ia tak perlu dikemaskini untuk maklumat satu dunia.
Jauhilah penyakit-penyakit yang bersabit dengan pandangan mata yang 'membenci'...(penyakit a'in) .sebutkanlah sentiasa masyaaAllah wa tabarakallah.
Terkini, medan sosial media yang menjadi lubuk pasaran bagi mereka yang menceburi bidang perniagaan online; berdepan pula dengan situasi yang mencetuskan konflik dengan fakta perubatan dan kesihatan. Ini berkaitan produk-produk kesihatan yang didakwa mempunyai manfaat berlebihan serta dijual dalam julat harga yang 'luar biasa'. Sebagai pengamal perubatan, saya juga tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang mencari peluang atas sesuatu. Produk tersebut kebanyakannya tidak diuji malah berpotensi pula menyebabkan mudharat.
Ia tidak berakhir di situ sahaja...paling terkini, mereka yang menangguk keuntungan atas nama 'agama', anti vaksin, anti kelahiran di hospital, anti perubatan moden....mencetuskan polemik cyber bullying pula. Dengan menulis ayat-ayat syahdu seolah-olah seperti ditindas, didakwa difitnah, kononnya menjadi mangsa dendam dan sebagainya, mereka mendakwa ditekan hebat dengan ayat-ayat yang ditular dalam media sosial yang dikatakan 'membuli' mereka, lalu meletakkan pula kesalahan pada kelompok berilmu yang cuba menegakkan kebenaran.
Saya tidak menolak perubatan alternatif, namun timbang tara perlu lah adil pada semua terutama pada pesakit yang menanggung kesusahan kewangan serta kesengsaraan. Testimoni mungkin benar pada sebahagian individu, namun secara kolektifnya memerlukan kajian bersifat massa dan menyeluruh.
Janganlah mencipta kekayaan atas penderitaan, ketidakupayaan dan kemiskinan orang lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)