Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Sunday, August 30, 2009

Tribut buat Dr.Noorfiza Isa

Saya mengenalinya sejak usia saya 13 tahun. Mula bermukim bersama di MRSM Muar, saya akhirnya berkenalan dengan kebaikan Islam yang syumul di atas usaha beliau dan sahabat2nya di MRSM ketika itu.Masih terdengar2 suaranya membacakan doa mathurat setiap akhir solat di surau asrama pada masa itu.

Hubungan baik kami berterusan sehinggalah kami sama-sa ma melanjutkan pelajaran ke UKM.Saban berutus surat, dialah juga yang menghadiahkan beberapa buku mengenai da'wah Islam seawal usia saya 15 tahun. Kami banyak bertukar2 fikiran sepanjang perjalanan di universiti dahulu sehinggalah kami mula membuat posting selepas bergraduat.

Saya melakukan sedikit kesilapan semasa beliau begitu bersungguh-sungguh menghantar saya bertugas di Kuala Lipis pada tahun 1995 dahulu. Terasa benar akan kesilapan itu, saya cuba menebusnya beberapa kali dalam siri ziarah saya ke atasnya. Namun, dengan rutin kesibukan, saya sukar menterjemahkan kembali saat2 yang saya rindukan itu menjadi kenyataan.

Kali terakhir saya menemuinya ialah pada tahun lepas selepas saya mendapat khabar klinik yang diusahakannya terbakar dan suaminya pula di timpa musibah mendapat sakit buah pinggang yang memerlukan dialisis sepanjang hayat. Beliau pada masa yang sama mendapat masalah sakit sendi yang serius dan memerlukan rawatan kemoterapi.Perwatakannya ketika itu sama seperti yang pernah saya kenalinya sebelum itu...bagai tiada apa-apa yang berlaku, cekal dan begitu sabar.

Takdir dan penyusunan Allah menjemput beliau pulang ke sisiNya. Moga Allah merahmati dan mengampunkannya.

3 comments:

Anonymous said...

kali pertama membaca berita kematiannya.. dr noorfiza isa.. memang terdetik di hati saya, mungkin allahyarhamah adalah senior saya di mrsm muar..
apabila membaca entry dr malina ini, maka jelaslah kata hati saya itu memang benar..
al fatihah untuk allahyarhamah..

dr malina, maafkan saya kera sudah agak lama mengikuti tulisan doktor di sini secara Anonymous.. saya bukan tidak mahu memperkenalkan diri.. cuma, bukan siapa-siapa.. hanya seorang insan kerdil yang menumpang di sudut bumi Allah, yang sementara ini..

berkaitan dengan tulisan2 doktor.. saya akui.. beginilah gaya penulisan seorang pendita.. jika dibandingkan dengan saya.. hanya seorang pendidik sekolah rendah.. bagai langit dengan bumi.. walaupun kita pernah sama2 bertegur sapa ketika di mrsm muar dahulu..

salam dari saya..

tinta said...

Salam, hanya Allah sahaja yg tahu betapa tingginya penghargaan saya di atas kesudian puan membaca blog ini.Di mana jua kita berada, tiada siapa yg lebih baik melainkan mereka yg lebih bertqwa. Darjat ilmu tidak diukur tinggi rendahnya sesuatu institusi di mana kita berada, tetapi nilaian praktis yg diterjemahkan di dalam dunia nyata.Puan adalah pakar dalam bidang puan; sayapun tidak mampu mengajar anak2 pada usia yg muda.Meski saya perhati kan ada professor yg bertubi2 memarahi guru di sekolah anak saya kerana pada pendapatnya guru berkenaan gagal mengajar anaknya..dia pula yg mengarah kan guru berkenaan apa yg sepatutnya diajar pada anaknya.
( di sini saya perhatikan betapa gelaran tidak mencerminkan wajaran ilmu yg dipraktiskan).
Terima kasih juga on the compliment...sayapun secara spontan menamakan blog ini sebagai Tinta pendita; tidak pula saya berniat utk menjadi pendita. Sekadar terpanggil untuk berkongsi info dengan mereka yg pernah dan belum mengenali diri saya. Boleh contact saya thru' email, wish to meet you again.
Wallahua'lam

kafe kenyalang said...

Salam,semoga dicucuri rahmat ke atas roh mak andak@Dr.Norfiza.Kehilangan yg tiada galang ganti.Jiwa pejuangnya terselindung di sebalik kelembutan wajah dan tutur katanya.Tapi apakan daya,ALLAH S.W.T lebih sayangkannya dan beliau mendahului kita.Jadikanlah semangat beliau dlm memperjuangkan agamanya sbg 1 kekuatan utk kita.