Ketakutan dan kebimbangan di kalangan Pro Melayu Islam terus terserlah dengan pelbagai hidangan maklumat yang mereka viral kan untuk terus mencetuskan kegusaran di hati rakyat. Di kalangan yang pro sekular pula, mempunyai pendekatan untuk tidak menyokong sebarang usaha memartabatkan kewujudan Allah swt dalam kehidupan.
Kewujudan media sosial..menyemarakkan sentiman dan aura kebimbangan itu. Terkini...dengan perlantikan 'topgun' yang dilihat mula membariskan para non-muslim; lalu membuka ruang pelbagai telahan dan cakap-cakap untuk mencalarkan lagi rasa kerisauan itu.
Mereka yang melihat isu Melayu Islam itu lebih besar..terus menggoncang pemikiran rakyat untuk terus menyalahkan rakyat yang memilih Pakatan harapan...menyalahkan Kerajaan Pakatan Harapan.
Tidak pernah pula saya lihat mereka membela hak rakyat yang telah diambil secara haram oleh kelompok yang menyalahguna kuasa atas nama Melayu Islam.
Isu Murtad bukan isu yang yang keluar dari meja Ketua Hakim atau paraHakim yang membenarkan ianya berlaku. Di mana bermulanya murtad? Dari sistem pendidikan sekular yang menafikan Tuhan, dan kemudian persekitaran yang langsung tidak memberikan keutamaan kepada aqidah dan tanggunjawab sebagai muslim.
Bila pula murtad mula berlaku? Ia telah bermula sejak manusia yg memilih murtad itu mula membuat keputusan menjadi murtad. yang mana keputusan itu tidak mungkin berlaku hanya selepas pasca pilihanraya ke 14. Sebahagian telahpun memilih murtad dalam era kerajaan terdahulu.
Terdapat banyak faktor menyumbang kepada murtad. Antaranya, apabila kita yang dalam usia seperti saya yang masih memandang mudah pendidikan alquran dan sunnah dalam kehidupan. Betul mereka memilih kehidupan yang lebih dekat kepada Tuhan pada saat beribadah, namun dalam realiti kehidupan sebenar...seolah-olah Allah tidak ada dalam kehidupan mereka.
Bila diajak hadir majlis ilmu...penuh dengan pelbagai alasan dan kesibukan yang tidak pernah habis. Bila diajak belajar bahasa arab..oh takpe..itu nanti bila saya dah bersara. Bila diajak belajar alquran...oh takpe..saya nak belajar dengan format yang lebih cepat dan berkesan. Akhirnya saya tahu.. saya perlu lagi lebih resilient utk menghadapi situasi ini.