Ilmu adalah platform untuk kita mengetahui apa jua di sekeliling kita; dengan ilmu juga kita kenal bahawa kita memerlukan Tuhan. Dengan ilmu kita kenal Tuhan serta bagaimana untuk mendekatkan diri dan hati padaNya. Dengan ilmu dan juga izin dari Allah SWT yang merupakan Tuhan kita, kita lakukan sesuatu untuk teruskan kehidupan di dunia yang sementara ini.
Ilmu sebenarnya bukanlah sandaran untuk kita ambil nilaiannya untuk kita bezakan taraf antara satu sama lain.
Puluhan tahun berlalu...
Hari ini...ilmu dituai untuk hasil yang digunakan untuk menunjuk-nunjuk kemampuan dan kehebatan seseorang. Ilmu sebahagian besarnya tersimpan atas kertas, nota, artikel dan buku. Sebahagian besar insan, ilmu yang dipelajarinya tidak digunakan untuk panduan dalam kehidupan, tidak juga digunakan untuk kembali dekat ke sisi Allah SWT, Tuhan yang telah menciptakan dirinya.
Majoriti insan merasakan ilmu itu miliknya dan ia dimilikinya untuk hebat, untuk bongkak, untuk kaya, untuk suka-ria terus merakamkan keputusan periksa dalam facebook dan whassap.
Kesilapan yang selama ini turut sama-sama saya dilakukan. Mungkin dosa-dosa yang tidak disedari menjadikan kita semua sukar mempelajari Alquran dan teladan sunnah..serta gagal menghayati wahyu suci Tuhan dalam kehidupan.
Semoga Allah melindungi diri kita dari menyalahgunakan fungsi ilmu, semoga ilmu menjadikan kita sebagai insan yang mengetahui kedudukannya di sisi Allah SWT. Semoga Allah memelihara kita dari menggunakan ilmu yang menyebabkan kita bongkak menunjuk-nunjuk.