Pengalaman yang sangat mengkagumkan, alhamdulillah. Itu sahaja luahan yang mampu saya ungkapkan.
Sungguh…saya tidak pernah tahu bahawa Bahasa Arab yang saya pelajari selama ini hanyalah 15% (pandangan saya) dari konteks keseluruhan untuk memahami alquran. Sejak sekolah rendah saya belajar bahasa arab, sekadar merupakan keperluan kurikulum. Selepas exam, semuanya bagai 'berterbangan' ditiup angin.
Sukar saya mencari jawapan..dan tidak pula saya pasti, apa sebenarnya niat saya dulu untuk belajar bahasa arab.
Kemudian di sekolah menengah, sekali lagi dengan kurikulum yang sama. Rata-rata terhenti di tahap subtopik dhamir.
Kemudian di universiti…juga terhenti di tahap "dhamir".
Kurikulum oleh Bayyinah Institite… tidak ada di Malaysia.
Learning objectives mereka memberikan penekanan akan pentingnya niat untuk kita belajar, iaitu untuk dekat dengan ayat-ayat Allah dan mengambil ayat2 itu sebagai guidance (panduan dan bimbingan). Elemen penting iaitu submit to Allah only (menyerahkan niat, diri dan kehidupan kepada patuh dan taat Allah SWT sahaja) tanpa mengambil bahagian dalam agenda selain dariNya.
Saya berpeluang menyemak buku Bahasa Arab anak saya…melihat skop dan kurikulum mereka..saya berdoa moga ada ketika ini kurkulum mereka dirombak supaya anak-anak kita semua merupakan generasi yang tahu dan kenal bahasa arab alquran.
Alhamdulillah..moga Allah izinkan untuk kita terus belajar, diajar dan berkongsi kebaikannya dengan orang lain.
No comments:
Post a Comment