Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...
Tuesday, November 30, 2010
Ziarah Ukhwah di Yunnan
Alhamdulillah...kami sekeluarga selamat pulang ke Malaysia selepas hampir dua minggu di bumi Yunnan.
Pertama kali saya mendengar tentang Yunnan ialah semasa saya di tingkatan satu iaitu ketika kami belajar sejarah tentang Asia Tenggara...bagaimana asasl usul penduduk di Nusantara dan kepulauan sekitarnya serta penempatan di Indo china... terasa sayup semua kuliah yang pernah saya dengar dari guru-guru saya. Istilah Yunnan juga saya dengar sekali-sekala melalui media berikutan kejadian gempa bumi beerapa tahun yang lalu...itu sahaja; namun jelajah kami di Wilayah Yunnan sesungguhnya memberi pengalaman terlalu berharga yang tidak mampu saya nafikan.
Ada pepatah mengatakan...kembara seribu batu memberikan input yang lebih baik dari membaca seribu buku. Demikian...melalui kembara ini, banyak memberikan ilham dan kesedaran dengan izin Allah, betapa kerdilnya kita semua di bumiNya ini. Penduduk Yunnan keseluruhannya melebihi 50 juta (data sepuluh tahun lalu)...dianggarkan 250 - 500K merupakan muslim (mungkin juga lebih dari angka berkenaan...saya menganggarkannya dalam lingkungan 1-2 juta). Keseluruhan negara China, penduduk muslimnya ialah 30 juta (jauh melebihi keseluruhan penduduk di Malaysia).Saya begitu terpegun apabila dikhabarkan bilangan berkenaan...
Kronologi sejarah bangsa muslim Yunnan yang dihalau dan dibunuh ketika generasi di zaman dinasti Ming yang digulingkan...kentalnya perjuangan mereka menyelamatkan diri serta mencari ruang di benua Indochina, Siam dan Nusantara demi mempertahankan aqidah mereka...itulah sebahagian darah warisan yang mungkin saya dan juga sebahagian penduduk di Malaysia dan Indonesia mewarisinya.
Pada hari ini, penduduk muslim di Yunnan kedudukannya berselerak menurut strata geografi yang tidak seragam...kebanyakannya tinggal setempat namun tidak banyak yang berkelompok dalam bentuk bandar atau pekan besar. Majoritinya dalam bentuk perkampungan yang sebahagian besarnya merupakan petani dan peniaga yang miskin. Itulah juga yang kini menempati perkampungan Islam di Kemboja, Laos dan Vietnam serta sebahagian Siam.Jauh di dalam hati ini yang diliputi kegundahan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam..mak ina, upload la lg gamba2 mak ina kt china..mak suruh mak ina cerita mcm diari..smoga menjadi iktibar untuk semua org..
InsyaAllah Biha, hajat Mak Ina mcm tu juga. Tgh kumpul gambar2 dan susun skrip.. Mak Ina akan upload kan sedikit demi sedikit.
Post a Comment