Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Thursday, March 2, 2017

Pergaduhan kucing dan Peperangan 'harimau'...

Semalam..saya dirundung perasaan yang agak emosi. Sebahagian kucing saya yang menjadi punca kemarahan jiran-jiran...saya hantar ke pinggiran jalan atau destinasi yang baru. Walaupun naluri saya tidak bersetuju untuk melakukannya..namun apakan daya, saya mesti mendahulukan jiran. Mereka berhak dihormati walaupun saya yakin benar...kucing-kucing yang saya kongsikan kebaikan itu...tidak mengusik jiran-jiran saya itu seperti mana serangan monyet-monyet liar yang tumpang menikmati buah mangga/rambutan atau memecahkan cermin tingkap kereta atau mematahkan pokok pisang atau menyelongkar sampah sarap.

Jauh di hati...saya menyimpan kesal dan sedih. Seharian saya berkurung sendirian..lama untuk meyakinkan diri bahawa makhluk-makhluk Allah itu..Allahlah yang memberi rezeki untuk mereka. Bukan saya dan bukan manusia.

Saban hari...memang bingit mendengar pergaduhan kucing. Setiap kucing itu yang berebut kawasan atau makanan. Namun pergaduhan kucing jujur sifatnya. Mereka tidak berpura-pura. Jauh sekali bersifat petualang atau pengkhianat dalam kelompok yang mereka saling menumpang hidup.

Namun...di alam nyata ini..kini sedang berlaku peperangan antara 'harimau' dalam merebut sesuatu 'takhta'. Peliknya...harimau tua yang sudah patah kakinya akibat 'salah laku integriti dan di'halau'  tanpa apa-apa kuasa, mengetuai kelompok 'petualang' . Petualang itu yang  sebenarnya sudahpun berbincang bersetuju dengan keputusan-keputusan yang telah diambil. Namun harimau tua dan petualang tegar menikam pemimpin dari belakang. Petualang-petualang yang tidak tahu erti iman dan malu. Tidak menghargai erti kemanusiaan dan kejujuran dalam organisasi. Sanggup memalukan pemimpin yang mempunyai aqidah yang sama.

Tiba-tiba saya sedari...bahawa masalah kucing saya tidaklah sebesar mana....moga Allah melindungi pemimpin yang amanah dan berintegriti..



No comments: