Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Friday, January 2, 2015

SMITA 2015…selamat belajar untuk semua anak-anak yang dikasihi..



Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al Amin (SMITA) pada tahun ini memasuki tahun keempat penubuhannya. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit kewujudan sekolah tersebut nyata memberikan impak signifikan dalam persediaan kita menyediakan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan ummah secara kontemporari.

Saya jujurnya agak skeptikal semasa mula-mula saya mengenali SMITA pada tahun 2012. Saya masih ingat pesanan seorang yang saya hormati pandangannya, agar tidak 'mempertaruhkan' masa depan anak-anak terutama pada sekolah yang masih belum kita tahu tentang 'track record' dan latarbelakangnya…apatah lagi sekolah yang masih baru dan berusia 'setahun jagung'.


Latarbelakang pengajian saya dan suami jauh berbeza dengan apa yang ditawarkan di SMITA. Selepas browse secara tidak sengaja apabila saya dan suami tercari-cari option untuk anak kami yang sulung melanjutkan pelajaran, saya sendiri tidak pasti akan 'instinct' atau persepsi yang begitu kuat menyatakan bahawa sekolah ini (SIMTA) adalah sekolah yang baik. Namun, selepas belajar tentang doa dan juga tawakkal pada Allah SWT, saya yakin bahawa instinct itu sebenarnya adalah datang dari Allah SWT.


Saya adalah sebahagian dari ibu-ibu pelajar yang menghantar anak-anak ke SMITA. Pastinya kami berkongsi naluri yang serupa iaitu mengharapkan semoga anak-anak berpeluang menimba ilmu, berkongsi pengalaman serta menerima tunjuk ajar yang sebaik mungkin serta paling penting, bersandarkan quran dan sunnah.

Meskipun saya kini mempunyai kelulusan professional yang diberikan status tersendiri dalam senarai akademik yang diiktiraf, namun jauh di sudut hati..bahawa saya merasa begitu 'naive' sekali kerana tidak menguasai bahasa arab, quran dan pengajian sunnah. Owh…banyaknya yang saya tidak tahu sebagai seorang muslim. Andai diberi peluang sekali lagi untuk saya belajar di peringkat menengah..saya begitu berharap jika dapat melalui kurikulum seperti yang ditawarkan di SMITA.

Justeru saya tidak teragak-agak untuk memberikan a very strong recommendation untuk ibubapa yang mencari sekolah terbaik untuk penyediaan anak-anak di dalam lingkungan quran dan sunnah serta diberikan juga ilmu akademik untuk memilih SMITA sebagai pilihan paling atas dalam ranking pilihan…



Untuk anak-anak pelajar baru tingkatan satu SMITA 2015 serta para seniors semuanya, diucapkan selamat belajar. Moga perjalanan menimba ilmu dipermudahkan Allah SWT..



No comments: