Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Sunday, December 9, 2012

Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al Amin (SMITA)

Saya tidak pernah tahu tentang wujudnya sekolah tersebut..sehinggalah apabila keputusan UPSR baru-baru ini diumumkan. Entah kenapa, saya mempunyai persepsi bahawa tawaran ke sekolah agama berasrama di bawah JAIS begitu tipis bagi mereka yang tidak mendapat keputusan 5A.

Saya jujurnya tidak mengambil peduli tentang sekolah-sekolah menengah berasrama kerana saya bertanggapan bahawa anak saya semuanya akan bersama saya sehinggalah mereka berada di tingkatan 5. Pengalaman saya yang bersekolah asrama di MRSM dulu memberikan saya kecenderungan untuk saya bersama-sama mereka pada usia remaja. Apabila anak sulung saya selesai darjah 6 dengan keputusannya... saya tidak bersedia secara mental dan emosi untuk dirinya ke sekolah asrama. Namun, intituitif hatinya yang cenderung ke aliran tahfiz dan agama serta pelbagai cabaran dunia cyber pada hari ini, mengubah tanggapan saya... saya pula yang sama-sama memilih sekolah yang saya dan suami saya berharap dapat memenuhi hajat di hatinya.

SMITA terletak di Cenderung Balai Perak..kawasan pedalaman yang dikelilingi bendang serta bersih udara persekitarannya. Dari skop latarbelakang serta individu yang saya yakini berpengalaman dalam bidang agama dan akademik, kami sekeluarga menziarahi sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat serta gambaran yang lebih jelas.



Meskipun sekolah tersebut merupakan sekolah tahfiz, saya difahamkan anak-anak yang belajar di situ hanya diwajibkan menghafaz minima 10 juzuk; bukan 30 juzuk. Menurut pengetua.. ia merupakan hasrat dan tujuan mereka untuk memantapkan keperibadian individu yang menghafaz Quran kerana berdasarkan pengalaman mereka, ramai yg hafaz 30 juzuk tapi sedihnya, ada yang tidak menjaga kemuliaan hafazan tersebut dalam kehidupan masing-masing. Bahasa pengantar persekolahan adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.. satu ciri yang merupakan 'favourite' saya.

Satu lagi ciri yang baik, sekolah tersebut tidak membenarkan sebarang alat digital termasuk handphone. Semua kemudahan komputer dan internet disediakan oleh pihak sekolah; pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa alatan seperti ipad, tablet, smartphone dan sebagainya.



Dan yang paling saya suka... sekolah tersebut terletak di tengah-tengah bendang yang menghijau...sejuk hati memandangnya. Satu suasana kondusif untuk menuntut ilmu...dan untuk saya juga, yang mungkin bercuti panjang ke situ untuk menulis...

Boleh browse di sini untuk maklumat lanjut SMITA..


No comments: